Info-KOMUNIKASI VISUAL

Komunikasi visual  adalah bidang seni yang berkaitan dengan Rekabentuk Grafik yang mencakupi bidang rekaan  yang berkaitan dengan identiti korporat, rekaan bahan penerbitan, tipografi, rekaan iklan, poster dan pembungkusan. 

contoh logo korporat syarikat.
  • Rekaan identiti korporat: adalah penghasilkan rekaan yang boleh dijandikan lambang kepada sesuatu organisasi atau  badan korporat. Pegenalan atau identiti korporat dizahirkan melalui logo, simbol, tanda dagang, kepala surat, rekaan bahagian luar kenderaan, penciptaan baju korporat dan sebagainya. Melalui rekaan identiti korporat ia sangat berkesan sebagai pengenalan dan imej organisasi.


  • Rekaan bahan penerbitan:adalah proses menghasilkan bahan penerbitan seperti kulit buku, rekaan halaman buku dan majalah, akhbar, kalender, poster,komik dan sebagainya. Melalui rekaan bahan penerbitan yang baik ia akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada pembaca untuk menikmati sesuatu bahan terbitan yang dihasilkan  atau diterbitkan.

contoh rekaletak halaman
contoh rekaletak halaman
 
 bilbod  berfungsi sebagai pengiklanan produk atau perkhidmatan

  • Rekabentuk pengiklanan dan papan tanda: adalah proses menghasilkan pelbagai jenis tanda arah, bilbod, papan tanda perniagaan, pernyataan dan sebagainya.
  •  
    • Rekabentuk pembungkusan: adalah proses mengasilkan pelbagai pembungkusan produk perdagangan seperti produk pembungkusan makanan,minuman, penjagaan diri, elektrik, eletronik dan sebagainya. 

    contoh  beberapa bentuk pembungkusan
    Poster  yang digunakan sebagai bahan kempen dan maklumat
    Ilustrasi  ini boleh dijadikan sebagai kulit buku.
     
    Perbincangan lanjut tentang keideaan, alat, proses dan teknik  penghasilan rekaan yang berkaitan komunikasi visual boleh dirujuk melalui capaian berikut: