KERJAYA

Bagi anda  yang mengikuti Kursus Skor Seni Visual –A- SPM atau STPM  dan KELAS SENI TING 3-4, akan  membantu anda   menguasai pelajaran  Seni Visual dengan  lebih  baik dan cemerlang. Matlamat utama GURUSENI untuk membantu anda menjadi  TOP SCORER   Seni Visual peringkat  SPM atau STPM.

Skor  cemerlang dalam  pelajaran Seni Visual SPM atau STPM melayakkan  pelajar melanjutkan pelajaran pada peringkat Sijil Lanjutan, Diploma  dan Ijazah dalam bidang seni seperti reka bentuk grafik, pengiklanan, arkitektur, rekaan fesyen, rekabentuk industri dan sebagainya.

Prasyarat kemasukan  bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang seni, di Universiti dan kolej universiti, pelajar mesti cemerlang dalam subjek  seni visual peringkat SPM atau STPM.


Diantara bidang kursus pada peringkat sijil lanjutan, diploma serta ijazah yang memerlukan kelulusan cemerlang dalam seni visual ialah:

  • Rekabentuk Grafik             
  • Rekabentuk Fesyen
  • Pendidikan Seni Visual
  • Seni Halus
  • Rekabentuk Perabot
  • Seni Bina ( Arkitektur)
  • Animasi
  • Rekabentuk Hiasan Dalaman
  • Rekabentuk Lanskap Persekitaran
  • Rekabentuk Grafik Digital
  • Rekabentuk Produk
  • Kursus Perguruan Pendidikan Seni Visual
  • Rekabentuk Seni Logam
  • Penerbitan dan Percetakan
  • Pengiklanan
  • Rekabentuk Laman Web

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Di banyak negara maju seperti Britain, Jepun, Amerika Syarikat, Canada, Perancis dan Australia, institusi  pengajian tinggi yang menawarkan kursus professional  dalam bidang seni telah lama berkembang. Bagi pelajar yang berkemampuan dari segi kewangan boleh memilih untuk belajar seni di luar Negara. Untuk belajar diluar negara selain daripada menguasai seni anda juga perlu baik dalam pelajaran Bahasa Inggeris.

Di Malaysia juga  terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan seni. Diantaranya ialah:


  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Industri Selangor
  • Lim Kok Wing Universiti
  • Management Sains University
  • Kuala Lumpur Metropolitan University
  • Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Malaysian Institute Of Art
  • One Academy
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  • Institut Kemahiran Belia Negara
  • Institut Kraf Tangan Malaysia,dll.

PELUANG KERJAYA 


Pasaran kerja bagi pelajar-pelajar yang  mempunyai kelulusan dalam dalam bidang seni  sangat luas dan mendapat permintaan tinggi samaada disektor awam, swasta dan syarikat-syarikat antara bangsa,  Hal ini disebabkan industri  ini sedang berkembang dengan pesat dan bersifat global.


Kerjaya yang boleh diceburi selepas melanjutkan pelajaran  seperti  menjadi Pengarah Seni, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Pelukis Profesional, Arkitek, Perekabentuk Hiasan Dalam, Perekabentuk Produk, Pengiklanan, Perekabentuk lanskap persekitaran, Perekabentuk Laman Web, Pelukis Komik, Pelukis Ilustrasi, Pelukis Kartun dan sebagainya.