KRAF TRADISI

 
Kraf tradisional adalah kegiatan kerja seni yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan. Di Malaysia terdapat beberapa kraf tradiosional  seperti batik, tembikar, anyaman, ukiran, tenunan. 
  • Ukiran diperbuat daripada kayu, gading atau tanduk yang diukir. Lazimnya ukiran digunakan sebagai  hiasan yang  digunakan pada bangunan, rumah serta alatan,alat perhiasan dan senjata. Sarung keris dan ulu keris misalnya dihasilkan dengan adunan seni pertukangan dan ukiran. 
beberapa contoh ukiran  yang menggunakan teknik silat, tebuk tembus.

  • Anyaman adalah satu lagi contoh kraf tradisional. Anyaman tradisi Melayu menpunyai ragam hias atau corak berasaskan motif-motif tertentu. Misalnya ada corak atau kelerai tampuk pinang, mata bilis,siku keluang,bunga cina dan sebagainya.Secara umum motif utama dalam anyaman kelarai adalah daripada unsur flora dan unsur fauna.Bahan anyaman selalunya daripada tumbuhan seperti rotan,buluh, pandan, mengkuang , akar dan sebagainya.




  • Batik adalah kraf tradisi yang terkenal di Malaysia. Batik boleh dihasilkan dengan dua cara iaitu dengan cara dilukis atau diterap. Batik Lukis biasanya menggunakan motif flora dan fauna dan dilukis menggunakan canting yang mempunyai corong halus bagi mengalir lilin panas yang bertindak sebagai penebat diantara ruang warna bagi membentuk corak-corak yang sesuai dengan rekaan yang dihasilkan.Warna akan disapu pada permukaan kain dengan menggunakan berus warna. Batik terap dihasilkan dengan menggunakan blok logam yang diperbuat daripada tembaga atau kepingan zink.Untuk menghasilkan corak pada blog kepingan zink perlu dipateri dengan timah. Blok corak batik juga menggunakan lilin panas sebagai penebat bagi menghasilkan corak batik blok seperti yang dirancang.




  • Tembikar adalah  kraf tradisi yang diperbuat daripada tanah liat halus. Bagi mendapatkan bentuk tembikar yang diinginkan, tanah liat akan diuli dan dibentuk supaya menjadi bentuk  diinginkan seperti, pasu, labu dan sebagainya. Diantara tembikar tradisional yang terkenal ialah tembikar sayong, tembikar mambong  dan tembikar Sarawak. Tembikar Sayong dikenali dengan Labu Sayung.Secara umumnya labu sayung dihasilkan oleh pembuat tembikar yang tinggal di  Kuala Kangsar, Perak. Manakala tembikar mambong terkenal di Kelantan.Hasilan tembikar mambong seperti belanga,buyung, bekas kemeyan dan periuk. Tembikar Sarawak pula adalah dalam bentuk pasu lonjong yang mempunyai ragam hias  etnik masyarakat Sarawak, flora, fauna dan diwarna secara warna-warni dan disepuh dengan  kaca.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan dengan kraf tradisional sila ikuti modul latihan yang di sampaikan melalui TUISYEN KELAS SENI secara INTERNET.