SOAL/JAWAB

Berikut kami catatan soalan serta jawapan yang kerap dikemukakan kepada GURUSENI. Diharap melalui soalan dan jawapan yang ada, akan dapat memberi panduan yang berguna kepada anda bagi mengikuti TUISYEN KELAS SENI secara INTERNET dengan lebih yakin. Selamat Belajar.

SOALAN 1
Saya berada di Negeri Sabah dan sangat  berminat untuk mengikuti kursus SKOR SENI -A (SPM),apakah yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN:
Sila pergi ke butang DAFTAR ONLINE  dan penuhkan segala maklumat yang diperlukan. Permohonan anda akan direkod dalam pengkalan data dan diproses dalam tempoh yang segera.


SOALAN 2
Anak saya  dalam tingkatan 3, bolehkah dia mengikuti tuisyen kelas seni internet ini?
JAWAPAN:
Tiada menjadi masalah, kerana kelas tuisyen SKOR SENI- A, terbuka untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3,4 dan bakal pelajar-pelajar SPM serta pelajar-pelajar STPM.


SOALAN 3:
Bagaimanakah pengajaran TUISYEN KELAS SENI secara INTERNET ini dijalankan.
JAWAPAN:
  1. Selepas pendaftaran dan bayaran yuran diterima anda akan dihubungi melalui e-mel atau SMS melalui handphone, bagi memaklumkan penerimaan pendaftaran. Bahan latihan akan dihantar secara e-mel atau menggunakan google drive, pautan google drive akan diberikan secara e-mel. Bahan  kursus boleh terus dibaca di internet atau di DOWN LOAD/ MUAT TURUN  dan disimpan  dalam FOLDER anda.
  2. Melalui modul itu anda akan membaca maklumat, nota, melihat contoh video, lakaran dan sebagainya supaya anda memahami pelajaran yang diajar dengan sempurna.
  3. Latihan atau tugasan yang dibuat oleh pelajar perlu dihantar semula secara pos ke alamat GURUSENI  NO 2, JALAN SAGA 17, TAMAN SAGA, 68000 AMPANG,SELANGOR.
  4. Dalam tempoh 5 HARI  tutor akan menyemak tugasan. Skor  dan  komen  akan diberi oleh TUTOR,   dan LATIHAN TUGASAN akan  kembalikan secara pos kepada pelajar.
SOALAN 4:
Bagaimanakah  cara yang mudah untuk saya membayar yuran kursus.
JAWAPAN:
Terdapat TIGA cara pembayaran yang boleh dibuat iaitu secara WANG POS, CEK dan BANK IN ONLINE.
  • Untuk pembayaran yuran secara wang pos , anda perlu beli wang pos dipejabat pos kemudian kirimkan bayaran kepada kami ke alamat : GURUSENI, NO 2, JALAN SAGA 17,TAMAN SAGA, 68000, AMPANG, SELANGOR.
  • Untuk bayaran secara CEK, cek hendaklah dipalang dibayar atas nama ABDUL RAZAK ABDUL RAHIM 
  • Bagi bayaran secara BANK IN ONLINE  atau CASH DEPOSIT  hendaklah dibayar atas nombor akaun RHB BANK, NO AKAUN16410600048844,
     BANKRAKYAT: No Akaun: 220621010011 (Pertanyaan Hubungi: Tel/ Whatsapp-0182131067 Admin GURUSENI)
     
SOALAN 5:
Bila saya boleh mula mendaftar?
JAWAPAN:
Pendaftaran boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa syarat.


SOALAN 6:
Bagaimana cara kami boleh menghubungi GURUSENI?
JAWAPAN:
GURUSENI boleh dihubungi melalui e-mel:guruseni57@gmail.com atau telefon:018-2131067, pilihlah medium yang mudah bagi anda.





Tel/Whatsapp: 018-2131067

e-mel: guruseni57@gmail.com